malam ini aku tidak dapat tidur. bangun baring pusing kanan kiri. aku masih macam ini. aku lihat kiri dan kanan. aku terasa kosong. aku tidak tahu. malam ini aku tidak dapat tidur.
jiwa kacau?
tidak.
jiwa aku agak tenang dan berada dalam keadaan yang sepatutnya. tidak gelisah tentang apa-apa. lebih relaks. tapi pernahkah kamu rasakah didalam diri, walaupun tiada perkara yang menbingungkan diri kamu tapi kamu masih rasa bersalah dan berasa macam ada sesuatu yang menguasai diri kamu supaya terasa macam.....no words..sebab kita aakan rasa tergantung.
aku tidak suka dengan rasa yang macam ini. aku akan cepata rasa gelabah bila ada rasa macam ini di dalam diri aku.
aku bukak tingkatp. aku cuba untuk hisap rokok. sebatang rokok telah aku keluarkan. letakkan batang rokok dibibir dan bersedia untuk nyalakan. tapi aku tidak nyalakan rokok itu. aku biarkan macam itu.
aku duduk di meja tulis. bukak laptop dan aku sekarang ini tengah menaip apa yang kamu baca ini.
aku lihat ke langit. tiada bintang. adakah hari mahu hujan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment