entah dimana silapnya. aku sendiri pun tidak tahu.
secara psikologynya, bulan puasa ini membuatkan aku menjadi malas. bukan sedikit malah hampir 70 peratus kemalasan aku telah timbul. adakah ini kerana tidak makan dan minum? ataupun, adakah kerana cuaca di Kuala Lumpur sekarang ini yang sring berada dalam keadaan basah.
aku tidak tahu.
tidak tahu dimana puncanya.
yang pastinya, masa pun berjalan begitu cepat. hari berganti hari. minggu berganti minggu. bagaikan tidak percaya; bahawa kita sudah hampir berada di pertengahan bulan ramadhan ini. oleh itu, maknanya kita akan sambut hari lebaran yang tinggal hanya lagi 2 minggu. pejam celik pejam, bukan ?
malas.
buntot aku malas. serba serbi malas.
kadar produktiviti aku dipejabat pun sudah boleh dipertikaikan. ini adalah rejim kemalasan yang sengsara.
the best part.
aku belum lagi menunaikan solat terawih lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment